Jualan Tupperware RM233,169 Setahun Di Market eBay Australia
Seller ini berjaya buat jualan $58,593(RM233,169) dalam tempoh setahun ( Jun 2017- Mei 2018) di market eBay Australia
Jom lihat statistik jualan setiap bulan oleh seller ni

Dengan purata jualan sebulan sebanyak $4882.75 (RM19,409.11 sebulan), seller ni berjaya buat jualan dengan konsisten hanya fokus kepada barang keluaran tupperware sahaja.
Jika saya ambil 35% profit dari jualan sahaja seller ni dah ada gaji sebanyak RM6793.19 sebulan!
Untuk makluman anda, ini adalah data dari seorang seller sahaja di ebay dan saya hanya fokuskan pada market ebay australia sahaja.
kalau saya campurkan dengan sales dari market ebay negara lain dan jualan oleh semua ebay seller tupperware jualannya adalah mencecah lebih 1 juta USD!
Jom tengok sikit statistik jualan dari individual seller ni untuk rujukan dan pembelajaran anda

total barang yang berjaya di jual adalah sebanyak 2084 transaksi dengan jumlah iklan sebanyak 1801 listing. Purata harga jualan adalah sebanyak $28.12
Dari mana saya dapat statistik jualan yang sebegitu detail macam ni?
dah tentulah saya dapatkan daripada sumber yang sah iaitu data dari ebay sendiri. (dulu dibawah company terapeak)
Apa yang bagusnya data yang kita dapat ni?
bagusnya kita akan dapat buat jualan yang lebih baik dari seller ni dan dapat jimatkan kos untuk invest beli produk mana yang betul-betul ada demand tinggi dari market Australia.
kalau seller ni perlu memperuntukkan masa untuk listing sebanyak 1801 listing, kita tak perlu untuk peruntukkan waktu yg banyak untuk listing sebanyak itu, just fokuskan pada top produk yang seller ni jual jer
produk apa yang paling laku oleh seller ni?
antara produk-produk tupperware, list di bawah ni adalah demand yang paling tinggi

So tak perlu untuk fokus jual barang yang takde demand selain daripada Top list di atas ni
setiap bulan seller ni menjual lebih dari 94 unit. boleh tengok data bilangan unit terjual di bawah

Dari data seperti ni jugak kita dapat tau berapa harga jual, harga shipping yang patut kita cas pada bakal customer kita untuk compete dengan competitor kita.
so takdelah anda pakai tembak je sebelum buat jualan. tu yang jadi result jualan krik..krik krik~
Ok? saya harap anda dapat belajar sesuatu dari artikel kali ni. saya suka buat analisis data menggunakan terapeak ni sebabnya saya dapat tau barang apa yang patut saya beli secara borong dan jual dengan optimum
terapeak ni memang software yang berbayar, tapi jika anda pandai menggunakannya memang ianya sangat-sangat membantu..
dan berita baiknya minggu ni (1 Jun 2018) terapeak dah onkan semula fungsi seller macam kat bawah ni

kegunaan fungsi ni kita boleh tau berapa sales setiap bulan dan apa top produk seller tu yang boleh melonjakkan sales mereka.
untuk pengetahuan anda, sebelum ni fungsi tool ni telah dimansuhkan oleh terapeak untuk melindungi data jualan top seller di ebay. tapi hari ni, lepas 5 bulan ebay dah beli terapeak, ebay telah onkan semula fungsi ni untuk manfaat new seller.
so ni adalah peluang anda untuk ambil manfaat fungsi ni sebelum ebay berubah fikiran untuk offkan semula fungsi ni
Kesimpulannya
tak kira apa jenis barang yang anda nak jual, pastikan anda mestilah ada solid reason kenapa anda nak jual produk tu, pastikan anda buat kajian pasaran berdasarkan data-data jualan yang lepas di ebay. barulah sales anda tu akan melonjak naik dan anda dapat jimatkan banyak masa wang dan tenaga sebelum buat sesuatu.
Hari ni anda buat bisnes ebay, esoknya memang mustahil untuk anda dapat hasil yang sama macam seller ni. ianya memerlukan masa, kesungguhan dan kesabaran yang tinggi untuk hasilkan pendapatan yang lumayan.
Anda perlu terus lakukan walaupun sales anda masih tak banyak lagi. Saya percaya jika anda berjaya konsisten buat jualan di ebay selama 1-5 tahun, pengalaman yang anda lalui itu akan membantu anda buat jualan yang semakin banyak.
dan tak mustahil suatu hari nanti pendapatan online anda lebih besar dari pendapatan anda sekarang ni!
saya tengah hasilkan sebuah ebook niche yang FRESH. Niche ni kebanyakan new seller yang jual.. tapi bukan sebarang new seller, diorang ni adalah seller-seller yang bijak memilih barang untuk dijual di ebay walaupun barang tu hanya dropship sahaja.
ok, adios!

Kenali Jenis Seller Level Di eBay Yang Wajib Anda Tahu
Hai! Ebay sangat mengutamakan pembeli-pembeli mendapat servis khidmat pelanggan yang berkualiti daripada penjual-penjual kat eBay, daripada proses membuat tempahan sehinggalah ke proses membuat aduan kalau berlaku masalah. Pembeli ada soalan

Jualan Tupperware RM233,169 Setahun Di Market eBay Australia
Seller ini berjaya buat jualan $58,593(RM233,169) dalam tempoh setahun ( Jun 2017- Mei 2018) di market eBay Australia Jom lihat statistik jualan setiap bulan oleh seller ni Dengan purata jualan

Jualan Kaftan Malaysia Mencecah 5 Angka Setahun Di Pasaran eBay USA
Siapa sangka pakaian kaftan malaysia mendapat tempat di pasaran luar negara? angan sangka nak export ke luar negara tu mestilah kena ada jualan yg besar. perlu ada gudang dan kilang.

Strategi Cara Jual Kopi Online Oleh eBay Seller Malaysia Di Pasaran USA Yang Telah Mencecah $2,036,282.58 USD Setahun
Tahukah anda statistik jualan kopi secara online ke luar negara oleh ebay seller Malaysia telah mencecah 7 angka? Anda pasti terkejut dan tak sangka sebenarnya cara nak jual kopi secara

Kepentingan Membuat “Market Research” Di eBay
saya ucapkan selamat tahun baru 2018 dan selamat meninggalkan tahun 2017! sama ada anda sudah berjaya capai matlamat/ target 2017 atau belum capai, anda telah pun berada di tahun 2018

Bagaimana Nak Membuat Kajian Pasaran Barang Trending Di eBay
Salam hormat, saya dapat banyak pertanyaan dari emel bertanya soalan yang sama tentang macam mana nak buat kajian pasaran di ebay ya.. saya faham. kalau anda ada soalan tu kat