Cara Nak Berniaga di Ebay Secara Dropship Dari Aliexpress
Dropship dari Aliexpress adalah teknik yang dah ramai ebay seller yang baru atau lama gunakan untuk buat jualan di ebay
Dropship dari Aliexpress walaupun ianya dikata mudah, tapi masih ramai lagi tak nampak peluang ini, so saya terpanggil untuk kongsikan teknik ini untuk membantu usahawan-usahawan kecil SME memulakan perniagaan dengan kos yang minima secara online tanpa menyimpan stok untuk belajar teknik betul dropship dari aliexpress.
Dropship dari Aliexpress, Bagaimana caranya?
Langkah 1 : Perlu daftar akaun secara percuma untuk buat dropship dari Aliexpress
Dropship dari Aliexpress memerlukan anda untuk daftar dulu di www.aliexpress.com dan click join free

Setelah anda mempunyai akaun aliexpress, secara automatik anda boleh membeli barang di aliexpress untuk kegunaan sendiri ataupun untuk anda jual di website ebay dengan kaedah dropship dari Aliexpress
Untuk pengetahuan anda, Aliexpress adalah website third party, bermaksud, di aliexpress terdapat ramai seller-seller yang berdaftar terutamanya seller dari negara china yang mempromosikan barang-barang mereka di aliexpress.
website aliexpress bukanlah dimiliki oleh seorang supplier, tetapi ianya adalah 1 platform untuk memasarkan segala macam produk oleh beribu supplier
kaedah bayaran adalah menggunakan kad kredit ataupun kad debit.
jangan risau aliexpress seller adalah trusted seller, diorang ni semua profesional dan jika barang anda beli tak sampai, mintak je refund semula or open case di aliexpress. Pihak aliexpress akan hold duit seller di aliexpress sehingga anda terima barang yang anda beli untuk diri sendiri ataupun untuk dropship dari aliexpress
setakat ni saya beli untuk kegunaan sendiri dan jual di ebay guna website aliexpress, tak pernah lagi kes seller tak post barang. Kalau waktu christmas barang sampai lambat dan kadang-kadang tak sampai tu pernah la. kalau bulan biasa setakat ni saya tak pernah lagi hadapi masalah seller di aliexpress menipu.
Langkah 2 : Cari produk yang berpotensi di ali express untuk anda iklankan di ebay
ok merujuk post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, (boleh rujuk di sini jika masih belum ada akaun lagi) akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay anda.
betul tak?
kalau anda tak tahu nak jual apa di ebay, pilih sahaja barang-barang yang terdapat di aliexpress yang terlintas di fikiran anda dan dapatkan supplier di aliexpress untuk anda iklankan di ebay
ok sebagai contoh saya bagi casestudy barang ini
Flippin pancake atau bahasa mudahnya alat nak buat lempeng la
so cari barang ini di aliexpress, dah hasil dari carian terdapat sebanyak 297 iklan yang menjual barang ini. Anda hanya perlu pilih mana-mana iklan barang ini yang terdapat di aliexpress untuk dapatkan gambar yang sesuai
tak perlu untuk anda beli dahulu.dapatkan gambar je dulu

contohnya saya memilih supplier ini

harga datang adalah sebanyak USD3.57 dan kos shipping yang dikenakan adalah free shipping. saya memilih supplier ini sebabnya seller ni ada history banyak order yang telah dibuat oleh buyer yang sebelum ini.
biasanya ramai orang order dengan seller ni, dia ada history feedback yang banyak, so dari situ kita dapat baca macam mana kualiti barang dia dari feedback buyer yang lepas
so, lepas dah dapat barang apa yang nak jual maklumat yang perlu anda dapatkan adalah berapa harga dia jual, berapa kos shipping, berapa lama tempoh sampai ke USA, dan gambar-gambar yang menarik untuk anda copy dan upload di akaun ebay anda
so anda perlu kira berapa harga nak jual dengan melihat pesaing-pesaing anda di ebay untuk dapatkan berapa harga yang boleh di jual.
anda perlu kira berapa fees yang akan ditanggung oleh anda setelah barang yang anda iklankan ini terjual di ebay. jangan sampai rugi la. nanti kang tak dapat untung.hehe
ok, paham tak setakat ni?
Langkah 3 : Listing di Akaun ebay secara format Buy it now or Auction
ni saya tunjuk antara seller yang berjaya jual barang ni secara buy it now

Harga datang baru USD3.57 jer

macam mana nak kira untung bersih anda dapat?
boleh gunakan website ni Ebay Profit Calculator

so seller ni punya sale adalah 9.95 x 39 unit = USD388.05 = RM1666++
Profit bersih seller ni dapat ialah 4.8 x 39 unit = USD187.2 =RM804++
Margin profit dia 48% untung atas angin macam tu jer.
takde simpan barang, orang tak tahu pun dia buat bisnes di ebay, dan yang paling best boleh buat benda ni secara part time jer
Langkah 4 : Place order barang yang terjual di aliexpress
Setelah barang yang anda iklankan di ebay terjual, terus cepat-cepat buka website aliexpress dan cari semula supplier yang telah anda ambil gambar dari dia untuk place order
Proses order biasanya mengambil masa 1-3 hari, selepas siap order, dapatkan tracking number jika ada dan upload di akaun ebay anda.
itulah yang kebanyakkan seller malaysia buat untuk menjual di ebay
bisnes secara dropship, dengan kos yang paling minima, dan takde mengeluarkan sebarang kos marketing seperti fb ads, instagram ads, penat melayan karenah whatsapp dengan pelanggan, pm pm pm facebook last last krik..krik..krik
kat ebay, customer bayar je terus dan jarang dia tanya bila nak pos barang dan sebagainya.
semuanya ebay dah tolong uruskan.
tugas anda cuma proses order secepat mungkin di aliexpress bila barang terjual kat aliexpress.
Mudah kan?
so saya harap perkongsian yang simple ini membuka minda dan mata anda untuk berikan peluang pada diri anda sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru
tak salah pun untuk mencuba. kalau bisnes jenis ini sesuai dengan jiwa anda, cubalah praktiskan apa yang sy dah kongsikan ni, saya tak mintak apaa-apa royalti pun, anda buat anda dapatlah income tambahan,
kalau tak jadi, atleast anda dapat ilmu ni secara percuma dan tahu macam mana orang malaysia yang buat dropship kat ebay ni beroleh keuntungan
kalau dah baca artikel ni jangan lah semua sibuk listing barang ni kat ebay ye. nanti kang masing-masing sibuk buang harga sampai takleh nak jual barang ni..last-last saya jugak yang dipersalahkan sebab pesaing di ebay ni semakin bertambah.
terutamanya “otai-otai ebay” lah yang marah. ape nak takut, setiap manusia ni kan Allah memang dah janji dijamin rezekinya, jangan takut pesaing, ebay tu luas pasarannya,
ada beratus ribu produk di aliexpress. pilih je mana barang nak jual, kalau tak pandai pilih buatlah research sikit study barang-barang yang telah terjual oleh seller-seller ebay
kalau tak tau nak buat research, gali lagi ilmu, belajar belajar dan terus belajar. mana ada benda mudah nak dapat kan.
mesti kena usaha. anda belajar sampai degree, master dan PhD pun bila dah dapat sijil bukan terus bulan-bulan dapat gaji kan,
kena kerja tiap-tiap bulan baru dapat gaji, waktu mula kerja tu pun kena belajar lagi, sebab waktu belajar nak dapatkan sijil tu kebanyakkannya takde praktiskan pun waktu dah bekerja
normal beb. tu lumrah alam. lumrah kehidupan sekarang,
ok lah, setakat tu je perkongsian saya kali ni, kalau anda nak belajar lebih lanjut macam mana nak buat research kat ebay ni, nak listing kat ebay cara betul, saya ada sediakan panduan yang 99% lengkap untuk anda laburkan
boleh dapatkan di sini,

Kenali Jenis Seller Level Di eBay Yang Wajib Anda Tahu
Hai! Ebay sangat mengutamakan pembeli-pembeli mendapat servis khidmat pelanggan yang berkualiti daripada penjual-penjual kat eBay, daripada proses membuat tempahan sehinggalah ke proses membuat aduan kalau berlaku masalah. Pembeli ada soalan

Jualan Tupperware RM233,169 Setahun Di Market eBay Australia
Seller ini berjaya buat jualan $58,593(RM233,169) dalam tempoh setahun ( Jun 2017- Mei 2018) di market eBay Australia Jom lihat statistik jualan setiap bulan oleh seller ni Dengan purata jualan

Jualan Kaftan Malaysia Mencecah 5 Angka Setahun Di Pasaran eBay USA
Siapa sangka pakaian kaftan malaysia mendapat tempat di pasaran luar negara? angan sangka nak export ke luar negara tu mestilah kena ada jualan yg besar. perlu ada gudang dan kilang.

Strategi Cara Jual Kopi Online Oleh eBay Seller Malaysia Di Pasaran USA Yang Telah Mencecah $2,036,282.58 USD Setahun
Tahukah anda statistik jualan kopi secara online ke luar negara oleh ebay seller Malaysia telah mencecah 7 angka? Anda pasti terkejut dan tak sangka sebenarnya cara nak jual kopi secara

Kepentingan Membuat “Market Research” Di eBay
saya ucapkan selamat tahun baru 2018 dan selamat meninggalkan tahun 2017! sama ada anda sudah berjaya capai matlamat/ target 2017 atau belum capai, anda telah pun berada di tahun 2018

Bagaimana Nak Membuat Kajian Pasaran Barang Trending Di eBay
Salam hormat, saya dapat banyak pertanyaan dari emel bertanya soalan yang sama tentang macam mana nak buat kajian pasaran di ebay ya.. saya faham. kalau anda ada soalan tu kat